Tuesday, May 25, 2010

Aktiviti April 2010

Sepanjang bulan April 2010, semua aktiviti-aktiviti di PAKK Pasir Panjang hanya tertumpu kepada aktiviti dalaman sahaja. Kedatangan kanak-kanak ke PAKK amat menggalakkan berikutan pelbagai aktiviti-aktiviti baru diperkenalkan. Antaranya ialah pertandingan melukis, pertandingan mewarna, pertandingan mencari kata tersembunyi dan pertandingan mencari makna perkataaan. Objektif utama diadakan pertandingan ini adalah untuk menarik minat lebih ramai lagi kanak-kanak untuk datang ke PAKK.

Selain itu, aktiviti dalaman lain yang telah dijalankan pada bulan april ialah permainan congkak, karom, shahiba, chess, domino, dam dan sebagainya. Pada setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa, kelas mengaji al-quran dan iqra' berjalan seperti biasa. Kelas mengaji al-quran dan iqra' bermula pada pukul 4.45 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang dan latihan nasyid juga berjalan seperti biasa iaitu pada setiap hari selasa bermula pada pukul 3 hingga 4 petang.


1. PERTANDINGAN MELUKIS

Pertandingan melukis termasuk dalam perancangan aktiviti pada bulan April 2010. Pertandingan melukis ini berjaya diadakan pada 5 April 2010 iaitu pada hari isnin secara suka- suka dan hanya melibatkan kanak-kanak yang aktif di PAKK Pasir Panjang. Aktiviti ini hanyalah merupakan aktiviti dalaman sahaja yang tidak melibatkan kos. Objektif utama pertandingan melukis ini diadakan adalah untuk mengenalpasti dan mengasah bakat yang ada dalam diri setiap kanak-kanak.




2. PERTANDINGAN MEWARNA

Pertandingan mewarna diadakan pada 12 April 2010. Bermula pada pukul 4 petang dan tamat pada pukul 6 petang. Setiap peserta hanya diperuntukkan masa selama 2 jam untuk menyiapkan warna lukisan masing-masing dan setiap gambar yang dibekalkan adalah berlainan antara satu sama lain. Aktiviti mewarna ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada kanak-kanak ahli PAKK Pasir Panjang. Pertandingan mewarna ini merupakan aktiviti dalaman untuk kanak-kanak ahli PAKK Pasir Panjang yang aktif dan juga tidak melibatkan kos yang tinggi. Objektif utama diadakan pertandingan mewarna ini adalah untuk mengenalpasti bakat yang ada dalam setiap diri kanak-kanak, memupuk minat dikalangan kanak-kanak terhadap bidang lukisan dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kanak-kanak yang terlibat dalam pertandingan mewarna ini.





Hasil Lukisan




3. PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

Pertandingan mencari perkataan tersembunyi ini diadakan pada 21 April 2010. Pertandingan ini hanya terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas. Objektif utama aktiviti ini diadakan adalah untuk mengasah serta menguji minda kanak-kanak. Disamping itu, aktiviti ini juga diadakan adalah untuk menarik minat lebih ramai lagi kanak- kanak untuk datang ke PAKK Pasir Panjang ini dan hanya merupakan aktiviti dalaman PAKK Pasir Panjang yang tidak melibatkan kos.





4. PERTANDINGAN MENCARI MAKNA PERKATAAN

Pertandingan ini diadakan pada 26 April 2010. Sepertimana pertandingan mencariperkataan tersembunyi, pertandingan mencari makna perkataan ini juga terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas. Tujuan utama diadakan pertandingan ini adalah untuk mengasah dan seterusnya menguji minda kanak-kanak. Pertandingan mencari makna perkataan ini juga hanya merupakan aktiviti dalaman yang dirancang di PAKK Pasir Panjang. Ia juga tidak melibatkan kos.






5. AKTIVITI-AKTIVITI HARIAN DI PAKK PASIR PANJANG

Antara aktiviti-aktiviti harian di PAKK Pasir Panjang sepanjang bulan April 2010 ialah permainan congkak, karom, shahiba, chess, domino, dam dan sebagainya.





6. KELAS MENGAJI AL-QURAN DAN IQRA'

Pada setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa, kelas mengaji al-quran dan iqra’ berjalan seperti biasa. Kelas mengaji al-quran dan iqra’ bermula pada pukul 4.45 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.







7. KELAS LATIHAN NASYID

Kelas latihan nasyid juga berjalan seperti biasa iaitu pada setiap hari selasa bermula pada pukul 3 hingga 4 petang. Seramai 20 orang kanak-kanak yang menyertai kelas latihan nasyid ini dan sambutan terhadap kelas nasyid ini amat menggalakkan. Ini menunjukkan kecenderungan minat yang mendalam kanak-kanak terhadap nyanyian nasyid. Tujuan utama diadakan kelas latihan nasyid ini adalah bagi melatih kanak-kanak supaya menyemai semangat cintakan lagu-lagu irama nasyid yang membawa mesej pengajaran berguna untuk diikuti. Selain itu, kelas nasyid diadakan adalah untuk menarik minat kanak-kanak terhadap bidang nyanyian khasnya lagu-lagu nasyid disamping dapat mengasah bakat terpendam yang ada pada kanak-kanak.