Tuesday, May 25, 2010

Aktiviti Mac 2010


Penyelesaian kerja sekolah




Pertandingan mengulas buku cerita kanak-kanak




Aktiviti Dalaman – Permainan Dam




Pertandingan permainan congkak




Kelas mengaji al-quran dan Iqra'


Sepanjang bulan mac 2010, kedatangan kanak-kanak ke PAKK amat menggalakkan. Ini berikutan pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan. Kanak-kanak hanya terlibat dengan program dan aktiviti dalaman sahaja. Antara aktiviti dalaman yang telah dijalankan pada bulan Mac ialah permainan congkak, karom, shahiba, chess, domino, dam dan sebagainya.

Pertandingan-pertandingan seperti pertandingan permainan congkak, pertandingan menjawab teka silangkata, pertandingan mengulas buku cerita kanak-kanak turut diadakan bagi menarik minat kanak-kanak untuk menghabiskan masa lapang di PAKK.

Selain itu, di PAKK Pasir Panjang juga diadakan kelas mengaji al-quran dan iqra'. Kelas mengaji al-quran dan Iqra' ini dikendalikan oleh ustazah Zulaidah binti Ismail. Latihan nasyid turut diadakan pada setiap hari selasa dan berlangsung selama sejam dari pukul 3 hingga 4 petang.

No comments:

Post a Comment